Datuk Shahaniza (Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia) berkesempatan mengikuti Ucaptama YB Dato Noraini Ahmad,Ketua Puteri UMNO Malaysia yang kini menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia di Kem BTN Lipis, Pahang baru-baru ini sesuai harus direnungkan bersama...(untukmu wahai Puteri UMNO Pasir Gudang..)
Ucapan Kak Ani,menyentuh banyak perkara,dari soal perpaduan,kekuatan dan jati diri sehinggalah kepada isu Pemilihan yang akan berlangsung Disember nanti. Sebagai antara yang disebut-sebut akan bertanding jawatan tertinggi Puteri UMNO,iaitu jawatan yang akan dikosongkan oleh Kak Ani sendiri,saya rasa kurang selesa juga apabila isu tersebut dibangkitkan oleh sesetengah peserta. Namun,saya kira Kak Ani telah memberikan jawapan yang tidak bias dan memang sepatutnya beliau menasehatkan agar para peserta yang jadi perwakilan nanti membuat penilaian yang sebaik-baiknya..yang penting kata beliau,beliau mahu Puteri menolak mana-mana individu yang pentingkan diri sendiri dan gila jawatan.Siapakah yang dimaksudkan?Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat disebalik jawapan tersebut...
Namun,secara peribadi banyak perkara yang telah dibangkitkan oleh peserta semalam perlu diberi perhatian serius dan pelan strategi anjakan paradigma Pergerakan Puteri UMNO perlu segera diatur dan di gerakkan jika kita benar-benar mahu menjadi landasan kepada golongan wanita melayu muda serta menerajui Puteri BN. Kita perlu dihormati oleh lawan dan kawan.Kita tidak boleh membiarkan pergerakan Puteri menjadi bahan lawak diluar sana.Cuba baca blog Marina Mahahir tentang Perhimpunan Agung kita tahun lepas,bukan satu malah berpuluh komen negatif dibuat tentang kita.Kita tidak perlu melatah tetapi sebaliknya kena muhasabah dan perbaiki diri.Bak kata Sata dari Lenggong,janganlah jadi Pemimpin Patung Berhias...harap muka dan penampilan sahaja yang cun melecun tetapi minda dan jatidiri macam hampas.Kita mesti berfikir 'diluar kotak' barulah kita dapat memperbaiki dan mengangkat martabat Pergerakan kita.
Sekarang bukan masa kita mencari salah sesiapa dan menuding jari antara satu sama lain.Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan walaupun Disember semakin menghampiri.Saya setuju sangat dengan Kak Ani,jangan pilih orang yang gila jawatan tetapi sebelum kita melabel seseorang,buatlah penilaian dengan seadilnya dengan mengenepikan emosi dan mendahulukan kepentingan Puteri.
Dalam konteks Puteri,bagi saya tak ramai yang gila jawatan ni..mungkin ada satu dua tapi kebanyakannya bersemangat untuk bersama-sama memperjuangkan agenda bangsa tetapi persepsi dan cara seseorang itu berbeza,sebab itulah teamwork dan leadership skill sangat penting.Jika seseorang menawar diri untuk jawatan tertentu,jika dia layak dan ada sokongan apa salahnya.Nama pun kita ni parti politik,bukannya Persatuan Sains Rumahtanggan sekolah..Kita kena berani menangani fenomena pertandingan ini.Apa yang penting,mereka ini perlu sentiasa diingatkan tentang etika dan peraturan,menolak rasuah politik dan berkempen dengan mengungkit serta memburukkan peribadi mestilah dijauhi sama sekali.
Pemilihan yang akan menjelang ini perlu dipandang positif dan dijalankan dalam suasana perpaduan,barulah kita akan dipandang sebagai parti yang bermaruah.Saya sendiri,kalau tidak ada sokongan dari kawan-kawan,tidaklah pula akan menawarkan diri. Seperti kenyataan saya dalam Utusan Malaysia semalam, ramai yang beri pandangan untuk saya bertanding tetapi sebagai seorang pemimpin kecil yang diberi kepercayaan oleh MB saya untuk menjadi wakil rakyat,saya mesti meminta pandangan beliau terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad.Alhamdulillah..setakat ini beliau positif dan sepertimana juga kenyataan akhbarnya tentang saya apabila ditanya pemberita kenapa saya tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri,beliau menjawab bahawa saya ada masa depan yang cerah dan beliau mahu saya belajar menjadi adun biasa dahulu. Sepertimana juga nasehat kepada saya melalui SMS...if you go up so fast,you will go down as fast,if you go up gradually,it normally takes sometime for you to go down...there are hundreds of living examples...
Kesimpulannya,tidak perlu gila jawatan,kalau kita ikhlas dan telus dalam perjuangan,jawatan akan datang sendiri kepada kita.Wakil rakyat Puteri yang ada hari ini,tidak pernah melobi untuk jadi calon tetapi terpilih dan menang kerana orang sudah mula mengiktiraf keupayaan kita memimpin.Kita sendiri patut bersyukur dan recognize barulah mereka diluar sana terasa akan aura kehebatan kita. As a leader,kita kena bersikap terbuka dan tidak berprasangka buruk kepada anak-anak buah kita.Apa jua yang kita kecapi hari ini adalah kerana ujudnya Puteri,we must give n pay back by giving our full support to all Puteri. Kita mesti dikelilingi oleh ahli-ahli yang hebat,barulah kita juga menjadi pemimpin yang hebat. Kepimpinan bukan sesuatu yang boleh difaraidkan tetapi sesuatu yang perlu dibaja dan diasuh dengan kekuatan dan kasih-sayang.
Sumber - pink-ants.blogspot.com
Puteri UMNO Pasir Gudang yang kian lesu dek nafsu serakah mengejar jawatan harus muhasabahdiri.. Dimana landasan perjuanganmu..- Haliabara
Tuesday, May 13, 2008
Monday, May 12, 2008
Terang dan amat jelas...hanya KITA. Hanya UMNO yang bersungguh-sungguh untuk berusaha mempertahankan kepentingan melayu, Hak istimewa orang melayu. Hanya UMNO yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Jelas. Tidak ada langsung pemimpin melayu terutama dari barisan pembangkang ( PKR yang kononnya Melayu)yang bangkit membela. Lihatlah betapa hipokritnya MB Perak (Boneka DAP Perak) yang kononnya sanggup menaiki Bas untuk ke Parlimen untuk lebih berjimat. Namun kehadirannya di Parlimen x ubah bagai TONG SAMPAH yang sekadar keperluan Ahli-Ahli yang berhormat untuk membuang tisu tandas/ tisu muka kerana jawapan MB Perak ini bila diajukan soalan berkenaan Isu Besar, Isu Kesultanan Melayu, MB Perak ini hanya menjawab "NO KOMEN", itu sajakah nilai 'Seri' Sultan Perak kepada memanda Tuanku?.Paling memualkan (jelik dan macam-macam) lagi bila beliau lebih berminat mengulas bahawa pandangan Karpal Sigh sebagai hanya pandangan peribadi.
Sungguh BIADAP!! Tiada siapa pun berhak membuat pandangan peribadi jika ianya pandangan yang menghina Sultan, lebih tepat lagi pandangan DERHAKA!
Renungkan.. inilah dia pemimpin MELAYU yang bersekongkol dengan penderhaka. Menjadi MB atas tiket 'Secara Kebetulan', maka rakyat Perak yang dulu memperjudikan nasib memilih mereka-mereka ini terpaksalah pasrah.. Kita yang diluar ini AYUH! FIKIRKAN, AMBIL IKTIBAR....KELUAR DARI KEPOMPONG...
Jelas. Tidak ada langsung pemimpin melayu terutama dari barisan pembangkang ( PKR yang kononnya Melayu)yang bangkit membela. Lihatlah betapa hipokritnya MB Perak (Boneka DAP Perak) yang kononnya sanggup menaiki Bas untuk ke Parlimen untuk lebih berjimat. Namun kehadirannya di Parlimen x ubah bagai TONG SAMPAH yang sekadar keperluan Ahli-Ahli yang berhormat untuk membuang tisu tandas/ tisu muka kerana jawapan MB Perak ini bila diajukan soalan berkenaan Isu Besar, Isu Kesultanan Melayu, MB Perak ini hanya menjawab "NO KOMEN", itu sajakah nilai 'Seri' Sultan Perak kepada memanda Tuanku?.Paling memualkan (jelik dan macam-macam) lagi bila beliau lebih berminat mengulas bahawa pandangan Karpal Sigh sebagai hanya pandangan peribadi.
Sungguh BIADAP!! Tiada siapa pun berhak membuat pandangan peribadi jika ianya pandangan yang menghina Sultan, lebih tepat lagi pandangan DERHAKA!
Renungkan.. inilah dia pemimpin MELAYU yang bersekongkol dengan penderhaka. Menjadi MB atas tiket 'Secara Kebetulan', maka rakyat Perak yang dulu memperjudikan nasib memilih mereka-mereka ini terpaksalah pasrah.. Kita yang diluar ini AYUH! FIKIRKAN, AMBIL IKTIBAR....KELUAR DARI KEPOMPONG...
Sunday, May 11, 2008
Kemana hilangnya Jatidiri melayu..?
Kemana hilangnya Jatidiri melayu...?.. 62 tahun sudah UMNO bertapak di bumi ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)
