Monday, May 12, 2008

Terang dan amat jelas...hanya KITA. Hanya UMNO yang bersungguh-sungguh untuk berusaha mempertahankan kepentingan melayu, Hak istimewa orang melayu. Hanya UMNO yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Jelas. Tidak ada langsung pemimpin melayu terutama dari barisan pembangkang ( PKR yang kononnya Melayu)yang bangkit membela. Lihatlah betapa hipokritnya MB Perak (Boneka DAP Perak) yang kononnya sanggup menaiki Bas untuk ke Parlimen untuk lebih berjimat. Namun kehadirannya di Parlimen x ubah bagai TONG SAMPAH yang sekadar keperluan Ahli-Ahli yang berhormat untuk membuang tisu tandas/ tisu muka kerana jawapan MB Perak ini bila diajukan soalan berkenaan Isu Besar, Isu Kesultanan Melayu, MB Perak ini hanya menjawab "NO KOMEN", itu sajakah nilai 'Seri' Sultan Perak kepada memanda Tuanku?.Paling memualkan (jelik dan macam-macam) lagi bila beliau lebih berminat mengulas bahawa pandangan Karpal Sigh sebagai hanya pandangan peribadi.

Sungguh BIADAP!! Tiada siapa pun berhak membuat pandangan peribadi jika ianya pandangan yang menghina Sultan, lebih tepat lagi pandangan DERHAKA!

Renungkan.. inilah dia pemimpin MELAYU yang bersekongkol dengan penderhaka. Menjadi MB atas tiket 'Secara Kebetulan', maka rakyat Perak yang dulu memperjudikan nasib memilih mereka-mereka ini terpaksalah pasrah.. Kita yang diluar ini AYUH! FIKIRKAN, AMBIL IKTIBAR....KELUAR DARI KEPOMPONG...

No comments: